Keselamatan pangkalan tentera di Kant dan Manas Krisis_Kyrgyzstan_2010

Agensi berita Interfax melaporkan bahawa Rusia menghantar 650 pasukan tentera payung terjun bagi melindungi peralatan tentera di kem tentera Kant di utara Kyrgyzstan. 3 buah pesawat IL-76 milik Rusia digunakan untuk penghantaran tentera itu.

Pangkalan tentera Amerika Syarikat terletak di Manas juga di utara Kyrgyzstan, 300 km dari bandar Osh [3]. Pangkalan ini pernah digunakan untuk menyerang dan berperang dengan Afghanistan pada 2001. Namun bahagian utara tidak terlibat dengan pertempuran. Rusia dan Amerika Syarikat membayar sejumlah sewa tertentu kepada bagi menempatkan pasukan tenteranya di utara. [4] Pangkalan udara Amerika Syarika juga terletak di Navoi, Uzbekistan di mana NATO menggunakan untuk pengangkutan kargo - peralatan senjata. Lapangan Terbang Navoi dikendalikan oleh kerajaan Korea Selatan - bantuan kewangan dan modenisasi. Pada 2005, Presiden Uzbekistan Islam Karimov mendesak penutupan pangkalan tentera udara Amerika di Karshi-Khanabad.